MAKKI DAN MADANI
Secara umumnya, Makki dan Madani
ialah ilmu yang membicarakan tentang ayat-ayat dan surah-surah yang diturunkan
di Mekkah dan di Madinah serta sekitarnya. Secara lebih khusus, Para Ulama
masih ikhtilaf / berbeda pendapat di dalam membuat penentuan untuk mendefinisikan
Makki dan Madani.
Ada kurang lebih tiga pendapat
Ulama dalam menentukan definisi dari Makkah dan Madaniah ini, antara lain :
1. Pengertian dari sudut masa.
2. Pengertian dari sudut tempat.
3. Pengertian dari sudut tumpuan
penurunan.
Pengertian Dari Sudut
Masa
Ulama golongan ini mengatakan bahwa;
Makki adalah surah dan ayat yang diturunkan sebelum Hijrah. Madani
adalah ayat yang diturunkan sesudah Hijrah.
Pendapat ini merupakan yang masyhur
dan juga yang disepakati oleh jumhur ulama. Pendapat ini didukung oleh Imam
al-Bukhari di dalam kitabnya Tarikh al-Tasyri’ dengan menyatakan :
Al-Quran diturunkan pada dua
masa, yaitu :
a. Masa sebelum Hijrah selama 12
tahun, 5 bulan dan 13 hari. Bermula 17hb. Ramadhan, 41 tahun usia Nabi hingga
awal Rabiul Awal 54tahun usia Nabi. Semua ayat yang diturunkan di dalam jarak
masa tersebut adalah Makki, yang meliputi hamper 19 Juz daripada al-Quran.
b. Masa selepas hijrah, selama 9
tahun,9 bulan dan 9 hari. Bermula awal bulan Rabiul Awal 54 tahun usia Nabi
hingga 9 Zulhijjah 63 tahun usia Nabi. Semua ayat yang diturunkan dalam jarak
masa tersebut dinamakan Madani, yang meliputi 11 juz daripada al-Quran.
Bertolak dari situ, mengikut
pendapat ulama’ golongan pertama ini, ayat 3 di dalam Surah al-Ma’idah dikira
Madani, walaupun ia turun di Padang ‘Arafah pada tahun Hijjatul Wada’. Selepas
Hijrah, yaiti firman Allah S.W.T :
“Diharamkan kepada kamu
(memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar
mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang
disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati
dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk,
dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum
habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga)
kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu
adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa
(daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat
perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar
kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari
ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan
nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.
maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang
diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia
memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”(Q.S
al-Madidah ayat 3)
Pengertian Dari Sudut
Tempat
Pendapat ulama golongan kedua
mengatakan surah dan ayat yang diturunkan di Mekah dikatakan ayat Makki dan
ayat yang diturunkan di Madinah, adalah ayat Madani.
Pendapat golongan kedua ini
dikira tidak tepat, kerana ia tidak Jami’ Mani’, yaitu tidak meliputi dan tidak
menyeluruh, kerana ada juga ayat yang tidak diturunkan di Madinah, contohnya :
Ada ayat yang diturunkan sewaktu Nabi bermusaffir, ketika Nabi berada di Tabuk
dan sebagainya. Dalam konteks lain juga, pendapat kedua ini adalah berdasarkan
tempat dan mengambil kira tempat ayat itu diturunkan.
Pengertian Dari Sudut
Tumpuan Penurunan
Pendapat ulama golongan ketiga
mengatakan, bahwa ayat serta surah yang diturunkan dengan tujuan atau tumpuan
atau Khitab kepada penduduk Mekah dikatakan ayat Makki, manakala ayat dan surah
yang ditunjukkan atau Khitab kepada penduduk Madinah pula dikatakan ayat
Madani.
Tanda-Tanda Surat
Makki dan Madani
Tanda-Tanda Surat Makki
Setiap surat yang di dalamnya
terdapat Yaa ayyuhannas, dan di dalamnya tidak mengandung Yaa ayyuhalladjiina
amanu, maka berarti Makki. Dan ulama’ ikhtilaf dalam surat akhir Al-hajj, namun
yang demikian mayoritas Ulama’ berpendapat ayat tersebut Makki.
Setiap surat yang di dalamnya
mengandung lafadz Kalla berarti makki, lafadz ini hanya terdapat separuh
terakhir dari al-qur’an dan di sebutkan sebanyak 33 kali dalam 15 surat, dalam
kitab Ulumul Qur’an di sebutkan 33 kali dalam 25 surat.
Setiap surat yang mengandung
cerita Nabi Adam dan iblis adalah Makki, kecuali surat al-baqarah.
Setiap surat yang mengandung
kisah umat terdahulu adalah Makki.
Di dalamnya terdapat ayat
sajadah, dalam al-qur’an ada 15 ayat.
Di dalamnya terdapat huruf
tahajji/hijaiyah dari segi ciri tema dan gaya bahasa.
Tanda-Tanda Madani
Setiap surat yang berisi
kewajiban atau Had adalah Madani.
Setiap surat yang di dalamnya di
sebutkan orang-orang munafik adalah Madani, kecuali surat al-ankabut.
Setiap surat yang di dalamnya
berdialog dengan ahli kitab adalah Madani.
Faedah-Faedah Mengetahui Makki
dan Madani
Dengan mengetahui maki dan
madani, akan membawa hikmah dan faidah diantaranya:
Perbedaan nasekh dan mansukh.
Merupakan media dan membantu
untuk menafsirkan al-qur’an.
Pengetahuan terhadap sejarah
pembentukan hukum (Tarikh tasyri’) dan fase-fase pembenahan (Tajridah).
Pemantapan terhadap gaya bahasa
al-qur’an dalam mengajak kepada jalan Allah SWT.
Mengetengahkan sejarah nabi
dengan cara mengikuti jejak beliau ketika di Mekkah dan Madinah, serta
sikap-sikap beliau dalam berda’wah, kodisi beliau yang merupakan cerminan para
da’I dengan metode beliauyang sangat bijak
Bagi yang ingin mendengarkan paparannya faedah makki dan madani, silahkan download mp3 di sini
0 komentar:
Posting Komentar